• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Selasa, 26 Julai 2011
Bulan Ramadhan datang lagi. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Syaaban. Pada entri yang lalu telah dikongsi keistimewaan bulan Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban. Jadi, pada entri kali... Baca Lagi...
MEMBANGUN MODAL INSAN
Khamis, 27 Ogos 2009
Allah swt.berfirman  : “ Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna “. ( QS al-Anfal ayat 24 ) Bagi tujuan  menjayakan pembangunan Negara  yang sedang  kita hadapi... Baca Lagi...
Islam Agama Perjuangan
Khamis, 12 Mac 2009
Waktu Nabi saw.wafat dan berita kewafatannya  tersebar dikalangan ummat Islam, ramai di kalangan mereka yang tidak percaya . Kerana mereka menganggap bahawa Nabi S.A.W mustahil boleh wafat . Malahan Omar bin Khattab  waktu mendengar  kewafatan Nabi itu berkata dengan amat marah : " Sesiapa... Baca Lagi...
Ramadhan Bulan Maghfirah
Isnin, 07 September 2009
Allah Swt.berfirman yang maksudnya : “ Dan  segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa “. ( QS Ali Imran ayat 133 ) Mohon... Baca Lagi...
Mukmin yang hakiki
Khamis, 12 Mac 2009
Allah swt. berfirman  : " Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah... Baca Lagi...

KHEMAH IBADAH KUCHING 2012

E-mail Cetak PDF

KHEMAH IBADAH 2012 KUCHING


Pada 4 hingga 5 Februari 2012 lepas, Bahagian Dakwah HIKMAH telah mengadakan satu Program Pengkaderan Belia 2012 yang bertempat di Bilik Serbaguna Ibu Pejabat HIKMAH. Program Pengkaderan Belia atau Khemah Ibadah tersebut telah disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah SMK STAR, SMKA TUNAZ dan SMK Semerah Padi seramai 29 orang. Program tersebut bermula pada 8.00 Pagi pada 4 Februari 2012 dan berakhir pada 2.00 Petang 5 Februari 2012.

Antara objektif yang telah dicapai sepanjang program tersebut berlangsung ialah:

  1. Latihan kepada peserta untuk memimpin dan sedia dipimpin di kalangan peserta.
  2. Memberi kefahaman terhadap pengurusan kepimpinan dalam peringkat menuju pra dewasa.
  3. Merapatkan silaturahim antara peserta serta memupuk semangat perpaduan.

Khemah Ibadah ini telah dipenuhkan dengan beberapa slot dari awal hingga ke akhir program. Antara slot-slot yang dilakukan oleh Pegawai Belia ialah slot Pengisian Islamku yang disampaikan oleh Ustaz Sarbini Dahlan, Pengisian Ibadahku yang disampaikan oleh Uztaz Baharuddin Mansor, Explorace yang dikendalikan oleh fasilitator, Mencari CintaMU yang disampaikan oleh Cikgu Ahmad Sukri, dan slot Muhasabah yang menyentuh hati peserta. Solat Subuh dan tazkirah serta riadah ringan yang dikendalikan oleh Cikgu Ahmad Sukri mencergaskan lagi pagi peserta pada keesokan harinya.

Selepas slot terakhir yang bertajuk Pengertian Akhlaq,  Majlis Penutupan yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rahman pada jam 2.00 Petang.

 

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 09 Februari 2012 03:17
 

Jadual Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Cawangan

E-mail Cetak PDF

MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUN SEKALI CAWANGAN

CAWANGAN

TARIKH MESYUARAT

TEMPAT

MASA

Limbang

11 Februari 2012

Musbe Cafe

8.30 Pagi

Petra Jaya

11 Februari 2012

Bilik Serbaguna, Pejabat HIKMAH

2.30 Petang

Sri Aman

11 Februari 2012

Hotel Harbour

8.00 Pagi

Kanowit

11 Februari 2012

Ruang Legar Masjid Kanowit

9.00 Pagi

Sundar

11 Februari 2012

Dewan Masyarakat

2.00 Petang

Kuching

12 Februari 2012

Dewan SK Encik Buyong

2.00 Petang

Sebuyau

13 Februari 2012

Masjid Darul Malibah

10.00 Pagi

SEMUA AHLI-AHLI HIKMAH CAWANGAN MASING-MASING ADALAH DIJEMPUT HADIR KE MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUN SEKALI CAWANGAN BAGI TEMPOH 2011-2014

UNTUK KETERANGAN LANJUT

SILA HUBUNGI: PUAN HAMISAH BOHARI

TEL: 082-443993 (6 TALIAN)

H/P: 016-8599975

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 09 Februari 2012 07:41
 


JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Pengunjung

Kami ada 49 tetamu online

KALENDAR ISLAM


Kalendar Aktiviti

<<  Februari 2012  >>
 I  S  R  K  J  S  A 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
272829    

MASA TERKINI