Hari Pertama Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH

KUCHING: Seramai 70 orang murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH hari ini.

Mudir Sekolah Tahfiz (Guru Besar), YBhg Cikgu Mohd Sepian Bin Abang Daud berkata pihak sekolah telah menerima pemohonan kemasukan bagi sekolah rendah Tahfiz begitu menggalakkan daripada ibu bapa di Kuching khasnya kawasan Petra Jaya. Ini adalah peningkatan kesedaran ibu bapa di dalam pendidikan tahfiz untuk anak-anak mereka.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan dan juga bermulanya minggu orientasi pelajar SRT. Memetik ucapan perasmian, Mudir menyarankan agar ibu bapa agar terus memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah dan juga membantu di dalam mendidik anak mereka. Pada masa yang sama juga, Mudir turut menyeru agar ibu bapa untuk mengamalkan budaya pengukuhan anak-anak semasa di rumah dengan mengulangkaji apa yang telah dipelajari semasa di sekolah.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024