• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
DIALOG IMAM GHAZALI DAN MURID-MURIDNYA
Isnin, 06 September 2010
Pada suatu hari, Imam Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya, kemudian beliau mengajukan beberapa  soalan kepada mereka: (1)    MATI Imam Ghazali: Apakah perkara atau benda yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid-1 :  Orang Tua Murid-2 : Guru Murid-3 : Kaum Kerabat Imam... Baca Lagi...
SEJARAH HARI RAYA DALAM ISLAM
Isnin, 06 September 2010
Hari Raya merupakan hari kemenangan bagi Umat Islam setelah sebulan mereka menunaikan ibadah puasa dan ianya salah satu daripada hari kebesaran yang diraikan oleh kaum Muslimin di seluruh pelosok dunia. Perkataan “EIDUL FITRI” membawa maksud hari raya berbuka iaitu “Eid merupakan hari raya“... Baca Lagi...
RAMADHAN PEMANGKIN UMMAH
Isnin, 09 Ogos 2010
"RAMADAN AL-MUBARAK“ (2) KE ARAH PEMBENTUKAN INSAN YANG SEMPURNA Sayyid Nadawi merupakan seorang ulama termasyhur dari India pernah menyatakan bahawa manusia adalah gabungan dari berbagai unsur yang sangat berbeza dengan haiwan dan malaikat. Hal ini adalah kerana, manusia dikurniakan dengan... Baca Lagi...
RASUL DAN NABI
Selasa, 17 Ogos 2010
Tahukah anda: BERAPA JUMLAH NABI DAN RASUL? Dalam suatu hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban:- Bahawa Abu Dzar pernah bertanya  kepada  Nabi Muhammad S.A.W berkenaan dengan Nabi dan Rasul. Maka perbualan mereka adalah seperti berikut: “Ya Rasulullah! Berapakah jumlah... Baca Lagi...
PEMIMPIN MANUSIA
Selasa, 17 Ogos 2010
HANYA PARA RASUL YANG DAPAT MEMIMPIN KITA Muhammad al-Mubarak seorang ulama Islam di dalam bukunya iaitu “Ke arah kemanusiaan yang bahagia“,  menyatakan bahawa ada dua golongan manusia yang mampu memimpin  manusia, iaitu para ilmuwan dan para Rasul. Para ilmuwan merupakan golongan... Baca Lagi...

PROGRAM IHYA RAMADHAN KE-3

E-mail Cetak PDF

LUNDU: Pada 02 September 2010 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431 Hijrah, telah berlangsung program Ihya Ramadhan bertempat di Kampung Serayan Lundu anjuran pihak Ibu Pejabat HIKMAH Kuching dengan kerjasama daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak).

Program yang diadakan di Surau Darul Salam, Kampung Serayan Lundu dihadiri oleh tetamu kehormat Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz selaku Yang DiPertua Hikmah, Tuan Haji Ahmad Shazali Haji Aba Ibrahim selaku Timbalan Yang DiPertua Hikmah, Ustaz Haji Mohd Nawi bin Abu Bakar yang merupakan Pengarah JAKIM, penduduk kampung Serayan Lundu dan semua kakitangan HIKMAH. 

Program Ihya Ramadhan merupakan program yang dianjurkan pada setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan dan program ini bertujuan untuk membantu penduduk kampung Muslim khususnya Saudara Baru Kita menjalani Ibadah Puasa. Pengisian program kali ini adalah seperti program Ihya Ramadhan sebelum ini iaitu: Majlis Penyampaian Sumbangan kepada penduduk kampung, Tazkirah oleh Daie’ Hikmah, Solat Maghrib, Isya’ dan Sunat Tarawih secara berjemaah, dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Program yang bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung tersebut. Kira-kira 150 orang penduduk Kampung Serayan, Lundu hadir pada program ini menanam harapan agar program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun depan bagi menyemarakkan semangat Ramadhan.

 

2 1




 

 

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 06 September 2010 13:39
 

HARI KELUARGA MUKAH 2010

E-mail Cetak PDF

MUKAH: Pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 bertempat di Dewan Sukan Tertutup Mukah telah diadakan program tahunan iaitu Hari Keluarga HIKMAH.

 

Program ini merupakan program tahunan anjuran pihak HIKMAH dengan kerjasama penduduk di sekitar kawasan Mukah. Seramai 150 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada kanak-kanak tadika, ibu-bapa, Kelab Remaja HIKMAH dan ahli/AJK HIKMAH MUKAH.

Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik selaku Pengerusi HIKMAH Mukah turut meluangkan masa menghadiri program pada tahun ini bagi memberi semangat dan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Keluarga HIKMAH 2010 .

Program yang seawal 7.30 pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan disusuli oleh Sukaneka bagi kanak-kanak tadika dan ibu-bapa.

Objektif Program ini diadakan adalah seperti :

1. Mengeratkan silaturrahim dan ukhwah di antara pihak tadika dan ibu bapa.

2. Mencungkil bakat atau kreativiti kanak-kanak tadika.

3. Mempromosikan aktiviti-aktiviti Tadika khususnya kepada ibu-bapa.

4. Mencorak peribadi dan institusi keluarga ke arah kesempurnaan abadi.

Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik kepada para pemenang. Para peserta yang hadir juga dihidangkan dengan jamuan ringan.

 


Terakhir dikemaskini pada Rabu, 01 September 2010 14:38
 


Muka 1 daripada 8

Pengunjung

Kami ada 25 tetamu online

Kalendar Aktiviti

<<  April 2010  >>
 I  S  R  K  J  S  A 
     1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Download