Allah swt. berfirman yang bermaksud :
" Tunjukilah kami jalan yang lurus". ( QS al-Fatihah ayat 6 )
Allah swt. menyatakan bahawa sekalian kamu tersesat, kerana tiada agama yang benar lalu ditunjukiNya atau dipimpinNya kamu kepada agama; maka kamu telah mendapat hidayat agama itu. Tegasnya kamu telah mendapat hidayahnya ( petunjuk atau bimbingan agama itu ) . Kemudian itu, walaupun kamu telah mendapatnya , kamu masih memerlukan lagi hidayahNya ( hidayah Allah swt.) untuk memimpin dan membawa kamu ke jalan Iman dan Islam yang betul, supaya terhindar dari jalan yang menyimpang daripadanya baik dalam i'tikad, ibadat, akhlak dan sebagainya . Hidayat ini sangat-sangat dikehendaki oleh setiap orang yang beriman.
Inilah hikmahnya disuruh membaca Surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang kerana di dalamnya ada doa memohon hidayat kepada Allah, iaitu yang mafhumnya : " Tunjukilah kami jalan yang lurus ". " Mudah-mudahan dengan doa itu yang serlalu diucap dan diperbaharui, akan terpimpinlah perjalanan hidup ke arah jalan yang betul dan benar ." Amin






