• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Ruang Iktibar > Tazkirah > PEMBENTUKAN UMAT BARU

PEMBENTUKAN UMAT BARU

E-mail Cetak PDF


Tujuan utama daripada hijrah Rasulullah saw. dari kota Makkah ke kota Madinah adalah semata-mata untuk melakukan transformasi  yakni " Pembentukan Umat Baru : Umat Islam ".

Di dalam al-Qur'an  umat itu diperakukan  sebagai " Ummatan Wasathan " , umat yang dihormati yang mampu melakukan  keseimbangan antara dunia dan akhirat, jasmani dan ruhani, material dan spiritual ; umat yang  memelihara keteguhan  tali (hubungan ) dengan Allah dan tali ( hubungan ) dengan manusia   .

Begitu Nabi saw. memasuki kota Madinah , maka  usaha secara besar-besaran  yang  baginda  lakukan untuk dijadikan  sebagai  dasar ke arah pembentukan  "Umat Baru" itu , ialah  :

(1) Menegakkan  syiar-syiar agama .

Sewaktu baginda di Quba, baginda mendirikan  suatu masjid, dan kemudian setelah memasuki kota Madinah baginda mendirikan lagi masjid yang mana sehingga sekarang ini dikenali dengan nama " Masjid Nabawi " - Masjid Nabi.

Institusi-institusi  keagamaan mulai ditonjolkan di dalam  pelbagai  lapangan, baik dalam bentuk bangunan mahupun di dalam bentuk  amalan.

(2) Membangun Ekonomi Islam

Projek ini  didahului dengan memperkukuh semangat  persaudaraan dalam Islam secara langsung . Semangat materialisme diganti dengan  semangat sosialisme Islam . Para peniaga dari kaum Muhajirin ( pendatang-pendatang Islam dari kota Makkah ) dipersatukan dengan para petani dari kaum Anshar di Madinah, bagi tujuan penyusunan ekonomi baru  menurut ajaran Islam .

(3) Mengisytiharkan berdirinya negara Islam.

Dengan  terbentuknya Umat Baru, maka Nabi saw. dapatlah mengisytiharkan berdirinya Negara Islam , dengan menetapkan  secara  bertulis  peraturan-peraturan  dasar Perlembagaan Negara yang disebut " Kitabun-Nabi ", yang berasal daripada  "Piagam Bertulis Dari Nabi"., bahkan ada setengahnya yang menamakannya dengan " First Constitution of Islam "  - " The  first written Constitution  On the World " ( Dr.Hamidullah )

Pembentukan Umat Baru ini telah diselesaikan dan disempurnakan oleh Nabi Muhammad saw. sampai kepada hari wafatnya . Ianya bukan  sekadar  peraturan semata-mata, tetapi ianya juga merangkuni pelaksanaaannya yang mana telah dibuktikan di dalam mengendalikan pentadbiran  umat  ini sehingga  pembentukan negaranya sekaligus.

Wallahu A'lam.
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 16:47  

Pengunjung

Kami ada 23 tetamu online