"BACA SIRAH PETIK IBRAH"
DI LUBOK PUNGGOR,SAMARAHAN
__________________________________________________
Pada 30 Februari yang lalu Bahagian Kemasyarakatan Ibu Pejabat dengan kerjasama HIKMAH bahagian Samarahan telah mengadakan forum maulidurasul bertempat di Lubuk Punggor,Samarahan.
Majlis forum tersebut telah diadakan pada sebelah pagi dengan dihadiri oleh seramai 80 orang penduduk kampong.
Dua(2) orang ahli panel dari HIKMAH telah dijemput untuk menyampaikan pandangan mereka berhubung dengan tajuk "Baca Sirah Petik Ibrah" yang terdiri dari Ustaz Sarbini Dahlan dan Ustaz Tamri Arim. Forum dipengerusikan oleh saudara Ainullutfi Mohd Nono ,Pegawai Belia HIKMAH.
Turut sama menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut ialah Tuan Hj Khalik Hj Ibrahim,Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH dan Saudara Alwi Hj Morshidi,Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH.
|
|
|
|
Penduduk kampong Lubok Punggor di majlis forum yang diadakan di Masjid di kampong tersebut. |
|
|
|
|
|
Ahli panel Ust Sarbini dan Ust Tamri. Ucapan oleh En Alwi Hj Morshidi |
|
|
|
|
|
Perjalanan Ke Kpg Lubuk Punggor yang agak mencabar |
|









