• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Ruang Iktibar > Sirah
Sirah

RASUL DAN NABI

E-mail Cetak PDF

Tahukah anda:

BERAPA JUMLAH NABI DAN RASUL?

gmbr1

Dalam suatu hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban:- Bahawa Abu Dzar pernah bertanya  kepada  Nabi Muhammad S.A.W berkenaan dengan Nabi dan Rasul.

Maka perbualan mereka adalah seperti berikut:

“Ya Rasulullah! Berapakah jumlah Nabi?”

“ Sebanyak 124 000 orang “.

“ Ya Rasulullah! Berapa orang daripada mereka yang menjadi Rasul?”.

“ 313 orang, suatu jumlah yang besar “.

“Ya Rasulullah! Siapakah orang yang pertama?”

“Adam”.

“Ya Rasulullah! Apakah Adam itu Nabi dan juga Rasul?”.

“Betul! Tuhan menjadikan Adam (daripada tanah)  kemudian dibaginya  roh (jiwa), maka sempurnalah Adam menjadi Nabi dan Rasul yang pertama“.

Demikianlah penjelasan Nabi S.A.W tentang jumlah para Nabi iaitu 124 000 orang dan hanya 313 orang saja yang menjadi Rasul. Tetapi hanya 25 orang daripada mereka yang disebut namanya di dalam Kitab Suci Al-Qur’an.



Terakhir dikemaskini pada Isnin, 06 September 2010 08:43
 

PEMIMPIN MANUSIA

E-mail Cetak PDF

HANYA PARA RASUL YANG DAPAT MEMIMPIN KITA

belajar1

Muhammad al-Mubarak seorang ulama Islam di dalam bukunya iaitu “Ke arah kemanusiaan yang bahagia“,  menyatakan bahawa ada dua golongan manusia yang mampu memimpin  manusia, iaitu para ilmuwan dan para Rasul.

Para ilmuwan merupakan golongan yang memberi jasa besar kerana memperlengkapkan kehidupan manusia dengan memberikan informasi yang berkaitan dalam keperluan tertentu. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang semakin maju terutama berkenaan dengan penemuan-penemuan  baru dan teknologi moden, manusia dapat memenuhi  segala hajat keperluan  yang bersifat  fizikal dan material dalam masa yang singkat.

Bahkan dengan kekayaan ilmu yang dimiliki oleh para ilmuwan mereka mampu mencapai cakerawala yang luas dengan mudah melalui teknologi yang diciptakan hasil pemikiran kreatif mereka sendiri. Pemikiran golongan ini membolehkan manusia memperoleh kebahagiaan dan kemakmuran di dunia.

Akan tetapi, pemimpin yang benar-benar mampu memartabatkan manusia ke arah kebaikan adalah para Rasul yang dipilih oleh Alah S.W.T. Hal ini adalah kerana, ilmu pengetahuan tidak mampu menjangkau perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur rohani manusia. Oleh itu, Tuhan telah menurunkan  Nabi dan Rasul  yang memiliki sifat “kemanusiaan" dan "kekuatan akal" untuk menjadi pendorong manusia.

Golongan ini menyampaikan kebenaran tentang petunjuk Tuhan dan perkara-perkara berkaitan terutamanya yang bersifat khusus tentang hubungan kekal: kepada Tuhan kerana akal dan ilmu pengetahuan semata-mata tidak mampu mentafsirkan kebenaran itu.

Seperti yang kita ketahui, Nabi Muhammad S.A.W. merupakan Nabi dan Rasul terakhir yang disebut dalam Al-Qur’an dan Nabi merupakan insan yang bersifat asli, murni, suci malah memenuhi segala bentuk hajat keperluan manusia, baik jasmani mahupun rohani. Rasulullah S.A.W merupakan Rasul yang sangat memelihara hubungannya sesama manusia, dan alam sekitarnya.


Terakhir dikemaskini pada Isnin, 06 September 2010 08:42
 

Pemuda Ansar Mencari Abu Jahal

E-mail Cetak PDF

 Sebuah Kisah Perjuangan

Mu'az bin Ammar bin Jamooh dan Mu'az bin Afra adalah di antara pemuda Ansar yang ikut berjuang dalam peperangan Badar. Mereka bercita-cita untuk membunuh Abu Jahal tetapi mereka tidak mengenali Abu Jahal.

Di tengah medan peperangan ,kedua pemuda itu berjuang bermati-matian."Aku akan bunuh Abu Jahal, musuh Islam yang dilaknat Allah itu !!", kata Mu'az bi Amar dengan penuh semangat.

"Ya aku juga akan bersamamu membunuh Abu Jahal yang memusuhi Nabi Muhammad saw., janji Mu'az  bin Afra sahabat karibnya.

"Jika begitu marilah kita cari di mana Abu Jahal. Kita bersatu tenaga membunuh musuh  Allah yang durjana itu. Mari kita tanya orang itu, mungkin dia mengetahui siapa dan di mana Abu Jahal", kata Mu'az bin Amar kepada sahabatnya.

Mereka menghampiri Abdul Rahman bin Auf yang sedang berjuang, lalu memegang tangannya : " Pak Cik, adakah pak cik mengetahui yanbg mana Abu Jahal. Abu Jahal bedebah itu telah mencaci dan menghasut orang menentang Nabi dan Rasul Allah. Aku bersumpah dengan nama Allah, jika aku ternampak Abu Jahal, aku akan membunuhnya, walaupun aku sendiri terbunuh !", kata Mua'z bin Ammar.

Abdul rahman bin Auf terpegun mendengar kata-kata berani yang keluar dari mulut Mu'az bin Ammar yang masih begitu  muda, sedangkan Abu Jahal seorang yang berpengalaman dalam perang.

Tiba-tiba Mu'az bin Afra pula memegang tangan Abdul Rahman dan mengucapkan kata-kata yang serupa.

Abdul rahman bin Auf cuba menguji keyakinan pemuda-pemuda itu dengan berkata :"Wahai orang-orang muda, tidakkah kamu mengetahui Abu Jahal itu sangat pandai bermain senjata.Kamu akan mati dibunuhnya.Tambahan pula ia dikawal dengan rapi ".

Kedua pemuda itu tidak berganjak dari cita-cita mereka. Mereka berkata dengan penuh berani : "Kami tidak gentar walau sekuat mana Abu Jahal itu, walau seketat mana dikawal, Abu Jahal mesti mati atau kami terbunuh. Kami rela mati dari membiarkan musuh Islam terus berkuasa dan menghasut orang lain dari menerima cahaya petunjuk Islam. Kami lebih rela mati syahid, dalam menegakkan agama Allah ".

 

Perkahwinan Rasulullah

E-mail Cetak PDF

Rasulullah saw.berkahwin dengan wanita Yahudi.

Adalah di antara tawanan perang di zaman Rasulullah Saw. seorang wanita yang bernama Shafiyah anak perempuan Huyay bin Akhtab . Suami Shafiah , Kinanah bin Arrabi’, mati terbunuh dalam perang itu. Sedang Huyay, ayah Shafiah , mati dibunuh dalam perang Quraizah.

Di zaman itu ianya sudah menjadi kelaziman bahawa seorang penakluk menikahi anak perempuan pemimpin musuh yang dikalahkan, bukan untuk dijadikan wanita simpanan . Shafiah diambil oleh Rasulullah saw. sebagai isteri.

Kaum Muslimin merasa cemas melihat Nabi Muhammad saw. menikahi Shafiyah, yang mana ayahnya Huyay bin Akhtab adalah orang pertama yang dibunuh dalam perang Quraizah; dan Kinanah suaminya mati dalam pertempuran Khaibar. Bagaimana mungkin baginda Saw. merasa aman, begitupun kaum Muslimin dari wanita Yahudi yang demikian itu ?

Siapakah Shafiyah ?

Konon, Shafiyah ini adalah masih mempunyai nasab keturunan dari Nabi Harun, saudara dari Nabi Musa. Ia adalah seorang wanita yang angkuh dan pendendam yang tak akan pernah dapat melupakan kematian Kinanah, suaminya yang baru saja mati di medan perang di depan benteng-benteng Khaibar.

Oleh itu, Abu Ayyub Al-Anshari, salah seorang sahabat Rasulullah saw. di malam pertama perkahwinan itu terus-menerus berkawal di hadapan khemah Rasulullah Saw., sambil menyandangkan pedang yang terhunus dan ia terjaga sepanjang malam.

Ketika Rasulullah saw. bangun di waktu subuh dan didapatinya Abu Ayyub sedang berkawal, Rasulullah saw.bertanya: ” Ada apa engkau hai Abu Ayyub?”.

“ Ya Rasulullah!”, jawab Abu Ayyub. ” Saya cemas terhadap diri tuan dihadapan wanita yang ayah, suami dan kaum kerabatnya telah terbunuh, sedang ia baru saja masuk Islam”.

Rasulullah saw. pun berdoa: ” Ya Allah ! Peliharalah Abu Ayyub, sebagaimana ia memelihara diriku “.

Para pengkaji sejarah Rasulullah saw. amat takjub mengikuti kissah perkahwinan ini. Bagaimana mungkin cinta kasih akan dapat tumbuh bercambah di dalam hati nurani seorang wanita yang sakit hati dan dendam lantaran ayah dan suaminya mati terbunuh dalam peperangan.

Namun kitab-kitab Sirah Rasul semuanya sependapat bahawa cinta Shafiyah terhadap Rasulullah saw. dan cinta Rasulullah Saw. terhadap Shafiyah adalah murni. Sehingga sering kali Rasulullah menangkis tingkah-polah Aisyah dan Hafsah - isteri-isteri baginda Saw.- setiap kali Shafiyah dicemuh dan datang mengadu, baginda Saw. mengajarinya untuk menjawabnya : ” Bagaimana kalian dapat lebih mulia daripada diri saya, padahal ayahku adalah Harun, sedang pamanku adalah Musa , dan suamiku adalah Muhammad saw.”.

Tatkala Rasulullah saw. gering, Shafiyah berada dii samping tempat tidur Rasulullah saw. seraya berucap : “ Alangkah baiknya , jika sayalah yang menanggung apa yang tuan tanggung selama ini, ya Nabiyullah !”.

Para isteri Rasulullah saw. yang lain mengerdipkan matanya sambil mengejek. Rasulullah yang melihat keadaan itu menegur , : Hentikan semua itu !”.

Mereka bertanya : “ Apakah itu, ya Rasulullah !”.

Cemuhan kalian !. Demi Allah ! Ia ( Shafiyah ) berkata dengan sejujur-jujurnya “. Maksud baginda ialah, ucapan yang baru saja diungkapkan oleh Shafiyah.

Rasulullah saw. tak lama kemudian wafat. “ Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un”.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 26 November 2009 09:41
 



Pengunjung

Kami ada 25 tetamu online