KUCHING : Bahagian Dakwah (Helwa) HIKMAH telah mengadakan Program Rehlah pada 1 Mei 2010 bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini berlangsung di pantai Pasir Panjang , Santubong, Kuching. Aturcara program bermula dengan senamrobik dan suaikenal antara peserta dan seterusnya mengadakan aktiviti pertandingan kanak-kanak dan ibu-ibu. Peserta yang mengikuti program tersebut terdiri dari ahli Helwa HIKMAH cawangan Kuching beserta dengan anak-anak. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah lebih kurang 70 orang.
Antara acara yang telah disediakan untuk kanak-kanak ialah pertandingan tiup belon, pertandingan melantun bola dalam bakul, pertandingan membawa bola pingpong dalam sudu, pertandingan mengisi air dalam botol dan pertandingan membawa bola dalam gelung. Bagi acara Ibu dan anak-anak dewasa pula disediakan pertandingan membawa bola dalam gelung , meniup belon dan melantun bola dalam bakul. Pelbagai hadiah telah disediakan untuk pemenang di dalam acara masing-masing. Ini disusuli dengan jamuan yang dibawa bersama oleh peserta-peserta program tersebut.
![]() Senamrobik |
![]() Aturcara Anak-anak |
![]() Aturcara untuk ibu-ibu |
![]() Jamuan tersedia |















