• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Berita HIKMAH > Belia
Bahagian Belia

Khemah Ibadah Saratok

E-mail Cetak PDF


Saratok, Sri Aman:  Khemah Ibadah Saratok untuk 2010 telah diadakan di SMK Bahasa Malaysia Saratok  pada 23 hingga 25 April anjuran bersama HIKMAH Cawangan Saratok dan SMK Bahasa Malaysia Saratok.

Seramai 60 orang pelajar dari sekolah tersebut telah menyertai Khemah Ibadah untuk kali ini yang terdiri dari pelajar Tingkatan 2 hingga 6. Penolong Pegawai Dakwah HIKMAH Bahagian Sri Aman, Ustaz Sodikin bersama Pegawai Dakwah bahagian Belia Ibu pejabat Hikmah telah menjadi moderator Khemah Ibadah tersebut.

Turut hadir di majlis penutup ialah pengerusi HIKMAH Cawangan Saratok, Tuan Hj Kanil yang telah sudi untuk menangguhkan Program Khemah Ibadah untuk kali ini.



P4230430
Bersama Ustaz Sodikin

   P4250617
  Para peserta Khemah Ibadah
   P4250621


Terakhir dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 11:14
 

KHEMAH IBADAH SRI AMAN

E-mail Cetak PDF

 

Sri Aman: Khemah Ibadah Sri Aman untuk tahun ini telah diadakan di Bangunan Bomba dan Penyelamat Sri Aman pada 9 hingga 11 April 2010. Seramai 46 orang pelajar Tingkatan 3 hingga 6 dari empat sekolah sekitar Sri Aman telah menghadiri program kali ini.

Moderator bagi Khemah Ibadah ialah Penolong Pegawai Dahwah Bahagian Samarahan dan Sri Aman iaitu Ustaz Tamri dan Ustaz Sodikin. Turut sama menyumbang bahan dengan slot motivasi pelajar ialah pengerusi HIKMAH Bahagian Sri Aman, Encik Nasiruddin Abd Jabar.

Majlis penangguhan program Khemah Ibadah telah disempurnakan oleh Tuan Hj Bujang Sebli, Pengerusi HIKMAH Cawangan Sri Aman.
P4100065
Bersama En Nasiruddin

P4100050
Aktiviti Luar

   penutup_ki_saman_001
Majlis Penangguhan bersama Tn Hj Bujang 
   ki_saman2_001

  P4100060
Bersama Ustaz Sodikin

 

 

 



Terakhir dikemaskini pada Rabu, 28 April 2010 07:47
 

Tafakuh Fid- Deen

E-mail Cetak PDF

TAFAKUH FID-DEEN

Seramai 40 orang belia yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan lapangan kerja dan para pelajar dari Kolej Teknologi Twintech Sarawak telah menghadiri program Tafakuh Fid-Deen di Ibu Pejabat HIKMAH, Petra Jaya pada 11hb. Februari lepas yang diselaraskan oleh Ustaz Bahruddin Mansur, Pegawai Dakwah (Penyelidikan dan Pembangunan).

Program anjuran Belia HIKMAH bertujuan memberi input yang membina jati diri para remaja.

Sementara itu program Al-Rijal dan Al-Insyirah mendedahkan para remaja dalam latihan pra-vokal bersuara (nasyid) melibat sama remaja bukan Islam.

Slot selama dua jam itu telah membahaskan dua aspek utama yang perlu diperkukuhkan dalam diri ibu bapa sendiri dan juga pada anak-anak, hubungan dengan Allah S.W.T. dan hubungan dengan manusia, di samping beberapa tips berkomunikasi berkesan di antara ahli-ahli keluarga yang didedahkan.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 07:55
 



Pengunjung

Kami ada 18 tetamu online

Statistik

Hit paparan Kandungan : 27143