MUKAH: Pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 bertempat di Dewan Sukan Tertutup Mukah telah diadakan program tahunan iaitu Hari Keluarga HIKMAH.
Program ini merupakan program tahunan anjuran pihak HIKMAH dengan kerjasama penduduk di sekitar kawasan Mukah. Seramai 150 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada kanak-kanak tadika, ibu-bapa, Kelab Remaja HIKMAH dan ahli/AJK HIKMAH MUKAH.
Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik selaku Pengerusi HIKMAH Mukah turut meluangkan masa menghadiri program pada tahun ini bagi memberi semangat dan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Keluarga HIKMAH 2010 .
Program yang seawal 7.30 pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan disusuli oleh Sukaneka bagi kanak-kanak tadika dan ibu-bapa.
Objektif Program ini diadakan adalah seperti :
1. Mengeratkan silaturrahim dan ukhwah di antara pihak tadika dan ibu bapa.
2. Mencungkil bakat atau kreativiti kanak-kanak tadika.
3. Mempromosikan aktiviti-aktiviti Tadika khususnya kepada ibu-bapa.
4. Mencorak peribadi dan institusi keluarga ke arah kesempurnaan abadi.
Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik kepada para pemenang. Para peserta yang hadir juga dihidangkan dengan jamuan ringan.




















