• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
Berita HIKMAH
Berita Hikmah

PROGRAM IHYA RAMADHAN KE-3

E-mail Cetak PDF

LUNDU: Pada 02 September 2010 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1431 Hijrah, telah berlangsung program Ihya Ramadhan bertempat di Kampung Serayan Lundu anjuran pihak Ibu Pejabat HIKMAH Kuching dengan kerjasama daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak).

Program yang diadakan di Surau Darul Salam, Kampung Serayan Lundu dihadiri oleh tetamu kehormat Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz selaku Yang DiPertua Hikmah, Tuan Haji Ahmad Shazali Haji Aba Ibrahim selaku Timbalan Yang DiPertua Hikmah, Ustaz Haji Mohd Nawi bin Abu Bakar yang merupakan Pengarah JAKIM, penduduk kampung Serayan Lundu dan semua kakitangan HIKMAH. 

Program Ihya Ramadhan merupakan program yang dianjurkan pada setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan dan program ini bertujuan untuk membantu penduduk kampung Muslim khususnya Saudara Baru Kita menjalani Ibadah Puasa. Pengisian program kali ini adalah seperti program Ihya Ramadhan sebelum ini iaitu: Majlis Penyampaian Sumbangan kepada penduduk kampung, Tazkirah oleh Daie’ Hikmah, Solat Maghrib, Isya’ dan Sunat Tarawih secara berjemaah, dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Program yang bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung tersebut. Kira-kira 150 orang penduduk Kampung Serayan, Lundu hadir pada program ini menanam harapan agar program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun depan bagi menyemarakkan semangat Ramadhan.

 

2 1




 

 

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 06 September 2010 13:39
 

HARI KELUARGA MUKAH 2010

E-mail Cetak PDF

MUKAH: Pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 bertempat di Dewan Sukan Tertutup Mukah telah diadakan program tahunan iaitu Hari Keluarga HIKMAH.

 

Program ini merupakan program tahunan anjuran pihak HIKMAH dengan kerjasama penduduk di sekitar kawasan Mukah. Seramai 150 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada kanak-kanak tadika, ibu-bapa, Kelab Remaja HIKMAH dan ahli/AJK HIKMAH MUKAH.

Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik selaku Pengerusi HIKMAH Mukah turut meluangkan masa menghadiri program pada tahun ini bagi memberi semangat dan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Keluarga HIKMAH 2010 .

Program yang seawal 7.30 pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan disusuli oleh Sukaneka bagi kanak-kanak tadika dan ibu-bapa.

Objektif Program ini diadakan adalah seperti :

1. Mengeratkan silaturrahim dan ukhwah di antara pihak tadika dan ibu bapa.

2. Mencungkil bakat atau kreativiti kanak-kanak tadika.

3. Mempromosikan aktiviti-aktiviti Tadika khususnya kepada ibu-bapa.

4. Mencorak peribadi dan institusi keluarga ke arah kesempurnaan abadi.

Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik kepada para pemenang. Para peserta yang hadir juga dihidangkan dengan jamuan ringan.

 


Terakhir dikemaskini pada Rabu, 01 September 2010 14:38
 

FORUM AGAMA

E-mail Cetak PDF

FORUM AGAMA DI MASJID TAMAN DESA ILMU

Taman Desa Ilmu, Samarahan: Pada 30 Julai 2010, satu sesi forum agama yang bertajuk ‘Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi’ anjuran Bahagian Dakwah Kemasyarakatan HIKMAH dengan kerjasama JK Masjid Taman Desa Ilmu, JAKIM Sarawak dan pemuda PBB N15 Muara Tuang telah diadakan di Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan. Forum yang dihadiri seramai 200 orang jemaah masjid daripada kawasan sekitar kampung berkenaan berlangsung antara solat maghrib dan isyak.

Tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Seri Mohamad Ali Mahmud yang merupakan wakil Rakyat, ADUN N15 Muara Tuang turut hadir meluangkan masa bagi mendengar perbincangan yang dibahas dalam forum tersebut.

Barisan ahli panel yang terlibat adalah Ustaz Sarbini Dahlan (Pegawai Dakwah Kemasyarakatan HIKMAH), Ustaz Tamri Arim (Pegawai Dakwah HIKMAH Samarahan) Ustaz Zamri (Sukarelawan Dakwah HIKMAH) dan Ustaz Yusuf (Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak) selaku Pengerusi Forum.

Forum yang membicarakan tentang bulan Ramadhan ini memberikan kesedaran tentang keberkatan dan kemuliaan yang dapat diperoleh umat Islam sekiranya menunaikan ibadah puasa dengan pengisian amal jariah. Umat Islam seharusnya menghayati Ramadhan dengan penuh keinsafan dan bukan hanya menjalankan ibadah puasa semata-mata kerana kewajipan yang telah ditetapkan.

Setelah selesai forum dan solat Isyak berjemaah, para tetamu telah dihidangkan dengan juadah makan malam.

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 01 September 2010 14:28
 

FORUM BICARA AD-DIN

E-mail Cetak PDF
SAMARAHAN: Pada 20 Julai 2010 bertempat di SMK Asajaya 2 telah diadakan Forum Bicara Ad-Din anjuran pihak Masjid Daru Rahman, Kampung Tambirat dengan kerjasama HIKMAH Bahagian Kemasyarakatan Ibu Pejabat Kuching. Forum yang bermula kira-kira jam 7.30 malam telah dihadiri oleh Y.B. Hj. Abd Karim ADUN Kawasan dan penduduk di sekitar kawasan Asajaya iaitu seramai 200 orang merupakan Forum yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama HIKMAH di kawasan tersebut.

Forum yang tajuk "Dari Kegelapan ke Cahaya", telah dikendalikan oleh Ustaz Sarbini Dahlan, Pegawai Dakwah Kemasyarakatan dari Ibu Pejabat Hikmah Kuching selaku pengerusi, bersama dua org ahli panel iaitu Tuan Haji Ayub Abdul Rahman seorang pendakwah bebas dan Ustaz Amir Ridhwan yang merupakan Pegawai JAIS. Kedua dua ahli panel merupakan saudara kita yang telah memeluk agama Islam dan telah mempelajari ilmu agama sehingga menjadi pendakwah yang terkenal di Sarawak dan Malaysia umumnya. Mereka telah menceritakan pengalaman mereka sebelum dan selepas Islam dan bagaimana untk mempertingkatkan aqidah keislaman.

Selain daripada forum Bicara Ad-Din, turut diadakan penyampaian sumbangan daripada pihak Baitulmal kepada penduduk daif di sekitar kawasan ini yang berupa makanan kering dan telah disempurnakan oleh Y.B. Hj Abd Karim. Majlis ditangguhkan pada 10.30 malam dengan hidangan disediakan oleh Jawatankuasa yang terlibat.
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 26 Julai 2010 14:08
 


Muka 1 daripada 8

Pengunjung

Kami ada 25 tetamu online