TABUNG BANTUAN LOCKDOWN DANA KEMANUSIAAN HIKMAH 2021

Lockdown bagi sesetengah orang adalah suatu fasa yang sangat menyukarkan. Hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga, memberi makan minum untuk anak-anak yang masih kecil. Golongan ini jarang meminta-minta, tetapi kita yang punya kemampuan, apalah kiranya mengambil cakna kesulitan yang mereka hadapi, sedikit tidak mengapa asalkan sikap kepedulian diri kita yang kita utamakan.

Ayuh Bersama kami, menghulurkan sumbangan, meringankan beban mereka. Hari ini hari mereka, esok tak pasti adakah giliran kita pula?
HIKMAH, salah sebuah NGO di Sarawak mengambil inisiatif ini untuk membantu para dermawan untuk membantu mereka yang memerlukan. Pada tahun 2020 di musim PKP yang lalu sebanyak 3369 pax barangan sumbangan berupa barangan keperluan dapur telah diserahkan kepada mereka yang terjejas di beberapa lokasi seluruh Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Ayuh menyumbang kepada Tabung Bantuan Lockdown Dana Kemanusiaan HIKMAH 2021. Barangan sumbangan adalah berbentuk barangan keperluan dapur, lampin pakai buang serta susu tepung. Bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan juga adalah sangat dialu-alukan.

 
💟Dana sumbangan anda boleh disalurkan ke:

No Akaun: 1101 301 000 8020 (Bank Islam)
Nama Akaun: HARAKAH ISLAMIAH (HIKMAH) Reference: *Tabung Bantuan Lockdown HIKMAH 2021*

Pertanyaan & Keterangan Lanjut: ☎️ 016 859 9975 (PUAN HAMISAH) ☎️ 013 827 7006 (EN MOHD AZIZUL)

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban.

#TabungBantuanLockdown
#DanaKemanusiaanHIKMAH2021
#KitaJagaKita

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024