Karnival Sukan Agensi-Agensi Islam 2019 - Pertandingan Tenpin Boling

BATU KAWA, 16 Oktober 2019 - HIKMAH Sarawak telah terpilih menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Tenpin Boling sempena dengan Karnival Sukan Agensi-Agensi Islam 2019. Pertandinan tersebut telah diadakan di salah sebuah pusat boling terkemuka di bandaraya Kuching.

Pada penyertaan kali ini, sepuluh kontinjen telah berentap untuk merebut gelaran "Juara Boling Agensi". Di antara agensi yang menyertai temasya kali ini ialah kontinjen MASJA-SA, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak, KESUJA PAIB, KESUJA JAIS HQ, Bela Sempurna dan selaku tuan rumah, HIKMAH Sarawak menghantar satu kontinjen yang diketuai oleh Toh Puan Hajah Hayati Binti Haji Ahmat yang bersama-sama berentap pada acara karnival kali ini.

Karnival telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Haji Taha, selaku Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, merangkap Timbalan Yang Dipertua HIKMAH. Turut hadir pada karnival kali ini, Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Sarawak.

Karnival sukan agens-agensi islam 2019 diadakan adalah untuk mencungkil bakat daripada setiap agensi di samping dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan semangat kesukanan di antara kakitangan agensi-agensi islam di Sarawak secara amnya.

-Media HIKMAH-

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2019