Patuhi SOP, elakkan diri daripada risiko jangkitan COVID-19

KUCHING: Hampir sebahagian sektor ekonomi kembali beroperasi selaras dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jumaat lepas (1 Mei 2020) 

Sehubungan itu ibu Pejabat HIKMAH Sarawak telah kembali beroperasi pada hari ini mengikut SOP dan juga melaksanakan norma baharu yang telah ditetapkan beserta dengan langkah-langkah pencegahan bagi kakitangan yang bertugas secara berjadual. Hal ini bagi mengelakkan risiko gejala wabak ini.  

Kini ia memerlukan usaha yang berterusan di samping setiap individu perlu memainkan peranan penting di dalam usaha untuk melindungi diri dan orang sekeliling. Masyarakat juga perlu mengambil tanggungjawab sosial dan memainkan peranan masing-masing untuk mengamalkan norma kehidupan baharu ini.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024