Majlis Ibadah Qurban HIKMAH 1440H / 2019

BATU 24, SERIAN 12 Ogos 2019 - Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak telah mengadakan majlis Ibadah Qurban HIKMAH 1440H / 2019 bertempat di Pusat Latihan Dakwah Batu 24. Majlis tersebut telah dihadiri oleh masyarakat setempat dari kawasan Tebedu, Padawan, Pantu, Sri Aman dan beberapa buah kampung yang berdekatan.

Agihan daging korban telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Yang Dipertua HIKMAH bersama Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH kepada penerima agihan seramai 334 buah keluarga dari Kampung Darul Huda Tebedu, Kampung Darul Falah Tebedu, Kampung Insan Jaya Tebedu, Kampung Darul Iman Tebedu, Kampung Taie Tebedu, Kampung Entebuh dan Kampung Kujang Mawang Tebedu. Turut serta menerima agihan tersebut ialah penerima dari Kampung Padawan, Kampung Sungai Resit, Kampung Rudan, Jaong Pantu dan Gayau, Sri Aman.

Majlis Qurban HIKMAH ini dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain selaku Yang Dipertua HIKMAH. Turut sama pada majlis tersebut ialah Toh Puan Hajah Hayati Ahmat, Naib Yang Dipertua HIKMAH, Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, Ustaz Haji Idris Ahmad, Pengurus Dakwah Hikmah, kakitangan HIKMAH serta para Daie Hikmah.

-Media HIKMAH-

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024