1. Apakah Tabung Pendidikan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH?
Tabung Pendidikan Pusat Latihan Dakwah HIKMAH merupakan salah satu projek pengumpulan dana yang diadakan oleh HIKMAH yang bertujuan untuk membantu membiayai pengajian para pelajar Pusat Latihan Dakwah HIKMAH.
2. Apakah tujuan utama dana Tabung Pusat Latihan HIKMAH ?
Dana yang dikumpul adalah untuk:
   •  Membiayai pengajian para pelajar Pusat Latihan Dakwah HIKMAH selama setahun
   •  Membiayai pengajian para pelajar Pusat Latihan Dakwah HIKMAH yang telah berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih dalam jurusan agama.
3. Di manakah bantuan disalurkan?
   •  Bantuan disalurkan kepada para pelajar yang mengikuti pengajian Sijil Asas Dakwah dan Bahasa Arab di:
        •  Pusat Latihan Dakwah HIKMAH Batu 24 Jalan Kuching- Serian(Muslimin)
        •  Pusat Latihan Dakwah HIKMAH Satok(Muslimah)
   •  Bantuan disalurkan kepada para pelajar yang cemerlang dan terpilih mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarajana Muda Sarjana di universiti terpilih dalam jurusan agama.
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2019