Majlis Perasmian Perhimpunan Tiga Tahun Sekali HIKMAH Kali ke - 20

Kuching: Majlis Perasmian Perhimpunan Perwakilan Tiga Tahun Sekali HIKMAH kali ke - 20 telah diadakan pada hari ini mengikut SOP yang yelah ditetapkan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua HIKMAH, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husein bertempat di Hotel Pullman Kuching.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua HIKMAH, Ybhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Naib Yang Dipertua Temenggong Dato Haji Abdul Rahman Fadzail, YAbhg Toh Puan Hajah Hayati bin Ahmat, Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH, Datu Haji Abang Mohd Shiblie bin Haji Abang Mohd Nailie, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Perwakilan HIKMAH seluruh cawangan Sarawak & Semenanjung serta jemputan ketua-ketua agensi Islam.


Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024