MAJLIS BACAAN YAASIN & TAHLIL


Kuching 24 Januari 2022 - HIKMAH SARAWAK telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk Almarhummah Puan Sri Datin Amar Hajjah Fredahanam Binti Mahmud isteri kepada Tan Sri Datuk Amar Hj Abd Aziz bin Dato Haji Husain, Yang Dipertua HIKMAH, bertempat di Dewan HIKMAH Petra Jaya Kuching. Aturcara majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Bacaan Yassin dan Tahlil. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah.

Majlis dihadiri oleh Ybhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan Yang Dipertua HIKMAH merangkap Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, YAbhg Toh Puan Hajah Hayati bin Ahmat, Naib Yang Dipertua HIKMAH, Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH, Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH dan Tuan Hj Alwi bin Hj Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH. Turut sama hadir ialah tetamu jemputan dari beberapa Agensi Islam, kakitangan HIKMAH, Guru-guru dan Pelajar dari Pusat Latihan Dakwah HIKMAH Sarawak.


Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2022