Majlis Pelancaran Program Ibadah Qurban HIKMAH 1444H / 2023M

Majlis Pelancaran Program Qurban HIKMAH 1444H / 2023M disempurnakan oleh Yang Dipertua HIKMAH Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain. Turut bersama hadir, Naib Yang Dipertua HIKMAH Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hajah Hayati Ahmat, Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH merangkap Pengurus Tabung Baitulmal Sarawak Yang Berbahagia Mejar Kehormat Datu Haji Abang Mohd. Shibli Bin Haji Abang Mohd. Nailie.Kehadiran dif-dif Kehormat turut menyerikan lagi majlis, Pengarah Jakim Negeri Sarawak YBrs. Ustaz Hamdan Jar’ee, Pengarah YADIM Negeri Sarawak Yang Berbahagia Encik Awang Dulhafi Awang Mat, “Regional Director Maybank Region Sarawak” Yang Berbahagia En Abang Jamili Bin Abang Julai.

Antara yang hadir didalam majlis, Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH, Wakil-wakil Agensi Islam, Warga kerja HIKMAH, Warga kerja Maybank, Sukarelawan HIKMAH serta Peserta & penerima daging Qurban / Asnaf yang diraikan.

Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Yang Berusaha Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi, sebagai Ketua Urusetia Program mengucapkan terima kasih kepada seluruh peserta Qurban HIKMAH 1444H/2023M, semua kakitangan dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan Program Qurban HIKMAH tahun ini. Semoga amal ibadah Qurban kita pada tahun ini diterima oleh Allah Swt.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024