Bakul Kasih Ramadhan 1442H

Penyerahan Bakul Kasih Ramadhan 1442H pada hari ini berpusat di Surau Darussalam Kampung Tabuan lot, Kuching. Sebanyak 30 pek sumbangan yang berupa barangan keperluan asas telah disampaikan oleh Encik Zamri bin Mohamad (Pengerusi HIKMAH Ranting Kuching) kepada penerima yang terdiri daripada para asnaf yang memerlukan. Turut hadir di dalam majlis ringkas penyerahan tersebut Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH), Ust Haji Idris bin Haji Ahmad (Pengurus Dakwah HIKMAH), Haji Jas bin Said (Penghulu Kampung Tabuan Melayu & Binyok) dan Haji Selamat bin Surami (Pengerusi AJK Surau Darussalam)

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2022