Bakul Kasih Ramadhan 1442H

Ziarah & penyampaian sumbangan Bakul Kasih Ramadhan 1442H telah berlangsung hari ini di beberapa buah penempatan di Kampung Haji Baki, Kuching. Sumbangan sebanyak 5 pek barangan keperluan asas telah disampaikan oleh Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH) kepada lima orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf. Diharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada penerima. Turut serta menyampaikan sumbangan BKR ini, Ust Haji Idris bin Haji Ahmad (Pengurus Dakwah HIKMAH) , Encik Mohd Sepian bin Abg Daud (Mudir Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH) serta Pegawai HIKMAH Cawangan Kuching.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024