Bengkel Hafalan Dan Psikologi, Pendidikan HIKMAH Sarawak telah diadakan selama dua hari bertempat di Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak. Bengkel ini adalah anjuran Sektor Pendidikan HIKMAH. Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk pemantapan teknik pengajaran hafalan dan psikologi para pengajar dalam kalangan pendidik Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH dan Tadika Tahfiz HIKMAH. Penceramah jemputan ialah Dr Abang Ismail Bin Abang Julhi, PPB Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang. Turut hadir bersama Dr Abang Ishar Abg Yaman, Pemangku Pengurus Pendidikan dan Cikgu Melati Haji Ahmad, Pegawai Pendidikan HIKMAH.