KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM)

HIKMAH hari ini menerima kunjungan hormat dari Islamic Relief Malaysia (IRM), rakan sinergi HIKMAH sejak lebih dari 11 tahun yang lalu di dalam program-program kemanusiaan dan kebajikan. Rombongan IRM diketuai oleh YBhg Tuan Haji Zairulshahfuddin Bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif IRM bersama YBrs. Encik Azizan Bin Md. Dewa, Pengurus Kanan (Kewangan) IRM serta Pegawai-Pegawai Kanan IRM.

Rombongan disambut mesra oleh Tuan Hj Alwi Bin Hj Morshidi Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, diiringi YBrs. Ust Haji Idris Bin Haji Ahmad, Pengurus Dakwah HIKMAH, Puan Hamisah Bohari (Pengurus Pentadbiran HIKMAH) serta Ketua-Ketua Sektor dan Unit dalam Pengurusan HIKMAH.

Objektif utama kunjung hormat ini adalah untuk menambah erat hubungan rakan sinergi sedia ada disamping berkongsi pengalaman dalam kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan. Semoga hasil daripada pertemuan ini mendapat keberkahan dan limpah rahmat daripada Allah swt. Amin ya rabbal al'alamin

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024