KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PERTUBUHAN YAYASAN IKLHAS

HIKMAH Sarawak pagi ini menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Ikhlas | Yayasan Ikhlas Sarawak bertempat di Ibu Pejabat HIKMAH, Petra Jaya. Yayasan Ikhlas diketuai oleh Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin Pengerusi Yayasan Ikhlas dan diiringi oleh Ustaz Bilal Jailani, Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Tuan IR Haji Kamaruddin Bin Kassim, Pengarah Perhubungan Korporat Yayasan Ikhlas dan En Hafeedz Bin Morni, Pengerusi Yayasan Ikhlas Cawangan Sarawak.

Rombongan Yayasan Ikhlas telah disambut mesra oleh YBrs. Ustaz Hj Idris Ahmad Pengurus Dakwah HIKMAH yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH. Dalam rangka kunjungan hormat ini telah diadakan sesi dialog daripada kedua-dua pihak membincangkan kolaborasi yang boleh diadakan di masa yang akan datang.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024