Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH memulakan sesi persekolahan Penggal Ke-3 2021/2022 secara bersemuka bermula pada hari ini seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Disember lalu.
Kehadiran pelajar pagi ini penuh keceriaan dan kerjasama ibu bapa menghantar anak-anak juga sangat menggalakkan. Para pelajar kelihatan teruja memulakan sesi persekolahan secara bersemuka kerana suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka disifatkan lebih seronok apabila dapat belajar bersama rakan-rakan berbanding seorang diri menerusi kelas secara atas talian (online) sepanjang tempoh negara masih berada dalam fasa 3 pelan pemulihan akibat pandemik Covid 19 sebelum ini.
Dalam masa yang sama, PdP bersemuka secara bersemuka ini juga membolehkan pelajar menguasai sesuatu subjek lebih cepat apabila dapat berinteraksi bersama guru secara berhadapan sekiranya tidak memahami perkara diajarkan. Semoga maju jaya diucapkan kepada anak-anak SRTH .