​ MAJLIS KHATAMAL QURAN DAN BERBUKA PUASA HIKMAH 1444H / 2023

MAJLIS KHATAMAL QURAN DAN BERBUKA PUASA HIKMAH 1444H / 2023

Dewan HIKMAH,17 April 2023 Isnin - Berlangsungnya Majlis Khatamal Quran Dan Berbuka Puasa HIKMAH 1444H / 2023 pada jam 5.30 petang hari ini bertempat di Dewan HIKMAH, Petra Jaya. Majlis dimulakan dengan bacaan Quran oleh pimpinan HIKMAH, tazkirah oleh Pegawai Latihan Dan Pembangunan HIKMAH, Al-Fadhil Ustaz Haji Sarbini Bin Dahlan sekaligus berbuka puasa dan solat Maghrib, Isya dan Tarawih secara berjemaah. Majlis diserikan lagi dengan ucapan dan amanat oleh Yang Dipertua HIKMAH, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain dan tayangan multimedia sepanjang Program Safari Ramadhan HIKMAH 1444H/2023. Kemudian, penyampaian sumbangan daripada wakil Bank Rakyat kepada penerima dikalangan asnaf dan penyerahan cenderahati kepada tetamu yang hadir.

Turut hadir, barisan pimpinan Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Jamek, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Julai , Wakil Daripada Bank Rakyat, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH,Tn Hj Alwi Bin Hj Morshidi serta warga kakitangan HIKMAH.

Terima kasih diucapkan kepada rakan sinergi Tabung Baitulmal Sarawak, Islamic Relief Malaysia, Bank Rakyat dan para penyumbang baik daripada agensi-agensi/badan korporat serta orang ramai. Semoga Allah swt membalasnya dengan setimpal.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024