Sambutan Hari Malaysia 2019

Kakitangan HIKMAH Sarawak telah menyertai Sambutan Hari Malaysia 2019 yang bertempat di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching. Sambutan ini khusus untuk meraikan ulangtahun ke-56 pembentukan Malaysia. Sambutan tersebut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 16 September cukup signfikan bukan sahaja kepada `Anak Sarawak’, tetapi juga rakyat di Sabah dan Semenanjung kerana ia menandakan bermulanya tiga wilayah itu bergabung menjadi rakan kongsi membentuk Malaysia.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024