Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Pendidikan untuk Pelajar Tajaan HIKMAH

Petra Jaya, Kuching 16 Ogos 2019 - Pihak HIKMAH Sarawak telah mengadakan satu Majlis Kesyukuran 
serta Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Pendidikan untuk Pelajar Tajaan HIKMAH.

Seramai 11 pelajar telah terpilih untuk tajaan HIKMAH ini. Seramai 8 orang pelajar akan melanjutkan 
pelajaran ke UIN Antasari Banjarmasin manakala 3 orang lagi pelajar di UIN Sunan Gunung Djati Bandung.

Pada majlis tersebut juga, turut disampaikan dokumen perjalanan kepada para pelajar tersebut.

Majlis ini dihadiri oleh Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, Ustaz Idris Ahmad,
Pengurus Dakwah HIKMAH, Prof. Dr Abang Redzuan Bin Abang Awit, Pengurus Pendidikan HIKMAH, Ustaz Bahruddin Mansur, Pengurus Pusat Latihan 
Dakwah HIKMAH, Ustaz Haji Sharbini Dahlan, Pegawai Latihan dan Pembangunan HIKMAH serta Ustaz Mustajab Sukerih, Pensyarah (PLD). 
Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut ialah Ustaz Madihi daripada Jabatan Agama Islam Sarawak.

-Media HIKMAH-

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024