Majlis Menandatangani Memorandum Kesefahaman Bersama (MOU)

Ibu Pejabat HIKMAH, Kuching 22 Ogos 2019 - Satu majlis Menandatangani Memorandum Kesefahaman Bersama (MOU) telah dimetrai di antara HARAKAH Islamiah (HIKMAH) Sarawak dengan Institut Agama Islam Sultan Muhammad Syafiuddin (IAIS) Sambas Indonesia pada hari ini tadi. Majlis MOU tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi serta diiringi Ustaz Haji Idris Bin Ahmad (Pengurus Dakwah HIKMAH) serta Prof Abang Redzuan Abang Awit (Pengurus Pendidikan HIKMAH). Manakala rombongan pihak IAIS Sambas, Indonesia diwakili oleh Rektor Dr. H. Jamiat Akadol, M.Si, MH Wakil Rektor 2 Oskar Hutagaluh, M, Si, MM Wakil Rektor 3 Dr. Alqadri, M. Ag Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabdian pada Masyarakat Dr. Nasrullah, M. Hum Kepala Biro Iwan Kusnadi dan M. Ak Kepala bidang kerjasama Nurjanah, S. Pd. Diantara isi kandungan persefahaman tersebut ialah kerjasama dari segi aspek pendidikan kedua-dua pihak dan juga perlaksanaannya.

-Media HIKMAH-


Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024