Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Tadika HIKMAH Kota Samarahan, Asajaya dan Serian

Kota Samarahan, 16 November 2019 - Tadika HIKMAH Kota Samarahan, Asajaya dan Serian telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah pada hari ini. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan dan ia merupakan satu platform untuk menggalakkan pelajar terus berusaha-saing untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademik mahupun kokurikulum.

Majlis yang penuh gilang - gemilang hari ini dirasmikan oleh tetamu kehormat, Y.Bhg Dr. Haji Morni Bin Haji Abu Samat selaku Pengerusi HIKMAH Cawangan Samarahan. Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan khas daripada pelajar-pelajar tadika.

Turut sama hadir pada majlis hari ini Y.Bhg Tuan Haji Idris Ahmad selaku Pengurus Dakwah dari Ibu Pejabat HIKMAH Sarawak dengan disertai kakitangan tadika dan juga para ibu bapa.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024