Lawatan daripada pimpinan Universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya Indonesia (UINSA)

Ibu Pejabat HIKMAH, Petra Jaya - Pihak HIKMAH menerima lawatan daripada pimpinan Universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya Indonesia (UINSA) pada hari ini. Pihak UINSA diwakili oleh Ybhg. Dr Agus Santos selaku Wakil Dekan Fakultas Dakwah dan Komunikasi universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya dalam rangka lawatan ke Sarawak yang bermula dari 14 hingga 17 Disember 2019.

Lawatan tersebut adalah untuk memperkukuhkan ta'ruf dan silaturahim di antara HIKMAH - UINSA. Pada sesi perjumpaan tersebut juga diadakan sesi dialog dua hala di antara kedua-dua belah pihak berkenaan dengan isu semasa dan juga membincangkan aspek - aspek kerjasama di dalam bidang pendidikan.

Turut hadir bersama, Ybhg. Haji Alwi bin Haji Morshidi selaku Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, Ybhg Ustaz Haji Idris Ahmad, Pengurus Sektor Dakwah HIKMAH, Ybhg. Prof. Dr Abang Redzuan bin Abang Awit selaku Pengurus Pendidikan HIKMAH, Ybhg. Ustaz Bahruddin Mansur, Pengurus Pusat Latihan Dakwah HIKMAH serta Ketua - Ketua Unit dan juga kakitangan ibu pejabat.

-HIKMAH MEDIA-

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024