Majlis Penangguhan Program Orientasi Transisi Murid Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH Sesi Tahun 1/2020

KUCHING :Majlis Penangguhan Program Orientasi Transisi Murid Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH Sesi Tahun 1/2020 yang telah disempurnakan oleh YBhg.Datu Haji Abang Mohamad Shibli Bin Haji Abang Mohd Nailie selaku Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH, bertempat di Dewan HIKMAH Petra Jaya Kuching. Memetik ucapan YBhg Datu, beliau menyatakan dengan adanya sekolah beraliran tahfiz ini adalah satu perkembangan yang terbaik pada masa ini.

Kefahaman mengenai asas - asas islam adalah terpenting untuk mempersiapkan sesorang pelajar atau individu itu untuk memahami segala aspek dunia pada masa kini dan juga di masa hadapan, ujar beliau. Di akhir ucapan, beliau berharap para ibu bapa dan juga masyarakat bersama-sama berganding bahu untuk memantapkan para pelajar dengan sahsiah dan juga ilmu pengetahuan islam sebagai persiapan untuk melahirkan generasi profesional islam yang syumul dan seimbang bercirikan Ulul Albab.

Pada majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahan pelajar tahun satu SRT dengan persembahan 'Choral Speaking' dan juga persembahan Angklung daripada pelajar-pelajar tahun satu SRT.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg.Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, diiringi YBhg,Tuan Haji Idris Ahmad selaku Pengurus Dakwah HIKMAH, YBhg.Dr Abang Ishar Bin Abang Yaman, Pemangku Pengurus Pendidikan, YBhg.Cikgu Mohd Sepian selaku Mudir SRT, Ketua-ketua Unit Ibu pejabat, Kakitangan Ibu Pejabat HIKMAH serta para ibu bapa pelajar Sekolah Rendah Tahfiz HIKMAH.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024