Program Perkhidmatan Masyarakat

KUCHING 13 MAC 2020 - Pembentangan laporan Program Perkhidmatan Masyarakat oleh Mahasiswa Institut Agama Islam Sultan Muhammad Syafiuddin Sambas, Indonesia. Pada sesi ini para pelajar membentangkan hasil amali mereka yang telah berlangsung selama sebulan di beberapa kawasan kampung seperti Kampung Temaga Dayak, Kampung Kendaie dan beberapa buah kampung.

Pada sesi ini juga pihak Institut Agama Islam Sultan Muhammad Syafiuddin Sambas dan HIKMAH Sarawak menandatangani MOU kerjasama di antara kedua - dua pihak untuk program Kuliah Kerja Mahasiswa (KKM) yang akan diteruskan lagi dan akan diperluaskan ke kawasan kampung - kampung saudara baru di bawah kendalian HIKMAH.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH) manakala pihak IAIS diwakili oleh Yayan Ridwan, S.Pd.I,M.Ag selaku Ketua Pelaksana KKM & Ketua Panitia. Turut serta pada pembentangan ini, Tuan Haji Idris Ahmad, Pengurus Dakwah HIKMAH, Dr Nasrullah M. Hum (Ketua LP2M IAIS), DRS Kasman S.H MH (Dosen Pembimbing) dan Rusiadi Spdi M.Ag (Dosen Pembimbing)

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024