ANUGERAH MAULIDUR RASUL KATEGORI IKON NGO 1443H/2021

Kuala Lumpur: Sekalung penghargaan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH yang telah menerima Anugerah Maulidur Rasul Kategori Ikon Ngo 1443H/2021 M.

Majlis telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan berangkat ke Majlis Penganugerahan Penerima Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan di Istana Negara pada 20 Oktober 2021.

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada beliau. Semoga segala usaha murni dalam dakwah kemasyarakatan terutamanya golongan Saudara Kita dapat diperkasakan lagi menerusi platform NGO HIKMAH. Insya Allah.

*Kredit gambar daripada FB rasmi Istana Negara*

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2021