SALAM TAKZIAH

Kuching, 22 Januari 2022 - Timbalan Yang Dipertua HIKMAH, Ybhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Naib Yang Dipertua, YAbhg Toh Puan Hajah Hayati bin Ahmat, Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH, Datu Haji Abang Mohd Shiblie bin Haji Abang Mohd Nailie, serta beberapa orang barisan Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH hadir bagi menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Puan Sri Datin Amar Hajjah Fredahanam Binti Mahmud, isteri kepada Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain (Yang DiPertua HIKMAH) di Masjid Jamek, Petra Jaya Kuching pada hari ini. Turut hadir sama, Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH), Ust Haji Idris bin Haji Ahmad (Pengurus Dakwah HIKMAH), Puan Hamisah binti Bohari (Pengurus Pentadbiran HIKMAH), Ketua-Ketua Unit HIKMAH, serta beberapa orang pegawai HIKMAH.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024