Majlis Perasmian & Penyerahan Daging Ibadah Qurban 1443H/2022M

Majlis Perasmian & Penyerahan Daging Qurban HIKMAH 1443H/2022 oleh YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain (Yang Dipertua HIKMAH) kepada 10 wakil penerima daripada kampung saudara kita. Turut hadir bersama, YBhg Datu Haji Abang Mohd Shibli Bin Hj Abang Nailie (Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH), Toh Puan Hajah Hayati (Naib Yang Dipertua HIKMAH), Tn Haji Amat Kassim Pait ( Pengarah Tabung Haji Sarawak) diiringi oleh YBrs Tn Hj Alwi Bin Hj Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH) serta beberapa Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH Pusat. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil penduduk kampung Muallaf sekitar, staf-staf HIKMAH dan sukarelawan HIKMAH yang telah sama sama bergotong-royong menguruskan serta mengagihkan daging korban kepada penerima saudara kita.

Semoga dengan pelaksanaan Program Ibadah Qurban HIKMAH pada kali ini kita dapat mengambil iktibar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Jesteru itu, kita agihkan dan kongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan di pedalaman.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024