Majlis Pecah Tanah Kompleks HIKMAH Dan Sekolah Tahfiz HIKMAH


Jumaat 7 Oktober 2022, Lot 10733, Jalan Pustaka, Kuching Sarawak : Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Hadir bersama, YABhg Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz Haji Husain, Yang Dipertua HIKMAH, Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH, Dif-dif kehormat, kakitangan HIKMAH serta hadirin jemputan.

Yang Amat Berhormat Premier, menyokong dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pimpinan HIKMAH kerana mempunyai hala tuju serta visi yang jelas dalam merangka pendidikan islamik dari peringkat anak-anak hingga pengajian tinggi berkualiti hingga setaraf antarabangsa. InshaAllah.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan majlis pada hari ini serta hadirin jemputan yang sudi bersama memeriahkan majlis.




Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024