FASA PERTAMA SAFARI RAMADHAN HIKMAH 2023/1444H DARI KUALA LAWAS KE TANJUNG DATU

Ramadan Kareem.

Bulan Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang terdapat di dalamnya menjadi rebutan muslimin dan muslimat.

Pelbagai ibadah dan aktiviti dakwah ditingkatkan di dalam bulan yang mulia ini. Ini kerana ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya.

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Alhamdulillah, selesai perjalanan Team Safari Ramadhan HIKMAH 2023/1444H bagi fasa pertama sekaligus mengagihkan sumbangan hasil daripada rakan sinergi Tabung Baitulmal Sarawak, Yayasan Kepimpinan Al-Bait serta orang perseorangan. Dimana, rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH,Tn Hj Alwi Bin Hj Morshidi serta pimpinan Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH antaranya Naib Yang Dipertua HIKMAH Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hajah Hayati Binti Ahmat , Setiausaha Agung Kehormat HIKMAH merangkap Pengurus Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang  Mohamad Shibli Bin Abang Mohd  Nailie, Setiausaha Perhubungan Awam HIKMAH merangkap Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH Miri, Pn Raihan Binti Yusop serta Pengerusi Belia HIKMAH merangkap Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH Miri En Jemain Kassim.Untuk makluman Pengagihan bermula di Surau Darul HIKMAH, Kampung Bidang, Limbang sehingga ke Pusat Komuniti Islam Pungu Mawang, Sri Aman kemudian akan disambung dengan fasa 2 yang akan bermula pada 4 April 2023 nanti 

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024