KEBERANGKATAN PELAJAR PROGRAM LATIHAN DAKWAH HIKMAH SESI 24/25 KE UNIVERSITAS SUNAN GUNUNG DJATI, BANDUNG

Pelajar lepasan Program Latihan Dakwah HIKMAH yang cemerlang berangkat pergi melanjutkan pengajian Islam diperingkat sarjana muda di Universitas Sunan Gunung Djati,Bandung.

Turut bersama menghantar para pelajar Setiausaha Agung HIKMAH Yang Berbahagia Puan Raihan Bt Usop, Setiausaha Perhubungan Awam HIKMAH En Jemain Bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Yang Berusaha Tuan Haji Alwi Bin Haji Morshidi dan beberapa pegawai HIKMAH.

Semoga mereka terus cemerlang dalam ilmu agama, akademik dan sahsiah serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2025