Kem Anak Soleh
Mukaddimah
Pendidikan anak-anak terhadap Islam sebagai cara hidup amat diperlukan untuk memastikan anak-anak ini terdidik. Penekanan kenal pada Allah sebagai pencipta harus diberi perhatian sejak awal lagi. Usaha ini perlu dilaksanakan berterusan supaya anak-anak tidak hilang jati diri dan terus kekal membesar sebagai hamba Allah yang kenal akan pencipta dan hakikat kejadian mereka sebenarnya menjadi khalifah di muka bumi ini. Hal ini bertepatan dengan usaha dakwah dalam membina satu modul yang diberi nama Kem Anak Soleh untuk mendidik anak-anak kenal Allah, kenal Islam dan seterusnya menjadi muslim sejati di masa akan datang.
Objektif Program
1.      Mendidik Anak Mengenal Allah
2.     Melahirkan Anak-anak Yang Soleh
3.     Menghayati intipati Al-Quran dalam pendidikan anak-anak soleh
4.     Memberi Tunjuk Ajar Tentang Praktikal Ibadah Sempurna
5.     Menyubur Akhlak Mulia Dalam Diri Anak-anak
SASARAN PESERTA : Anak-anak Sekolah Rendah 7 tahun – 12 tahun
DURASI : 1 HARI 
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024