• Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font
AGAMA PEGANGANKU
Rabu, 07 Julai 2010
(1) AGAMA ADALAH KEYAKINANAllah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Dan kalau kedua orang tua memaksamu untuk mempersekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu, maka janganlah sekali-kali engkau taat kepada mereka, tetapi tetaplah bergaul dengan mereka di dunia  dengan cara yang baik “. (QS 31 ayat... Baca Lagi...
RAMADHAN
Rabu, 04 Ogos 2010
(1) AMBANG RAMADHAN “RAMADHAN AL-MUBARAK“ Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman!! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana firman ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa“. (QS Al-Baqarah 2: 183) Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan... Baca Lagi...
ENGKAU SEKARANG MERDEKA
Khamis, 11 Februari 2010
Firman Allah swt. yang mafhumnya : "  Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;" ( QS Ali... Baca Lagi...
PEMBENTUKAN UMAT BARU
Khamis, 11 Februari 2010
Tujuan utama daripada hijrah Rasulullah saw. dari kota Makkah ke kota Madinah adalah semata-mata untuk melakukan transformasi  yakni " Pembentukan Umat Baru : Umat Islam ".Di dalam al-Qur'an  umat itu diperakukan  sebagai " Ummatan Wasathan " , umat yang dihormati yang mampu melakukan... Baca Lagi...
Pemuda Ansar Mencari Abu Jahal
Sabtu, 20 Mac 2010
 Sebuah Kisah Perjuangan Mu'az bin Ammar bin Jamooh dan Mu'az bin Afra adalah di antara pemuda Ansar yang ikut berjuang dalam peperangan Badar. Mereka bercita-cita untuk membunuh Abu Jahal tetapi mereka tidak mengenali Abu Jahal. Di tengah medan peperangan ,kedua pemuda itu berjuang... Baca Lagi...

HARI KELUARGA MUKAH 2010

E-mail Cetak PDF

MUKAH: Pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 bertempat di Dewan Sukan Tertutup Mukah telah diadakan program tahunan iaitu Hari Keluarga HIKMAH.

 

Program ini merupakan program tahunan anjuran pihak HIKMAH dengan kerjasama penduduk di sekitar kawasan Mukah. Seramai 150 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada kanak-kanak tadika, ibu-bapa, Kelab Remaja HIKMAH dan ahli/AJK HIKMAH MUKAH.

Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik selaku Pengerusi HIKMAH Mukah turut meluangkan masa menghadiri program pada tahun ini bagi memberi semangat dan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Keluarga HIKMAH 2010 .

Program yang seawal 7.30 pagi dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan disusuli oleh Sukaneka bagi kanak-kanak tadika dan ibu-bapa.

Objektif Program ini diadakan adalah seperti :

1. Mengeratkan silaturrahim dan ukhwah di antara pihak tadika dan ibu bapa.

2. Mencungkil bakat atau kreativiti kanak-kanak tadika.

3. Mempromosikan aktiviti-aktiviti Tadika khususnya kepada ibu-bapa.

4. Mencorak peribadi dan institusi keluarga ke arah kesempurnaan abadi.

Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh Tuan Haji Mostaffa bin Haji Sidik kepada para pemenang. Para peserta yang hadir juga dihidangkan dengan jamuan ringan.

 


Terakhir dikemaskini pada Rabu, 01 September 2010 14:38
 

FORUM AGAMA

E-mail Cetak PDF

FORUM AGAMA DI MASJID TAMAN DESA ILMU

Taman Desa Ilmu, Samarahan: Pada 30 Julai 2010, satu sesi forum agama yang bertajuk ‘Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi’ anjuran Bahagian Dakwah Kemasyarakatan HIKMAH dengan kerjasama JK Masjid Taman Desa Ilmu, JAKIM Sarawak dan pemuda PBB N15 Muara Tuang telah diadakan di Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan. Forum yang dihadiri seramai 200 orang jemaah masjid daripada kawasan sekitar kampung berkenaan berlangsung antara solat maghrib dan isyak.

Tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Seri Mohamad Ali Mahmud yang merupakan wakil Rakyat, ADUN N15 Muara Tuang turut hadir meluangkan masa bagi mendengar perbincangan yang dibahas dalam forum tersebut.

Barisan ahli panel yang terlibat adalah Ustaz Sarbini Dahlan (Pegawai Dakwah Kemasyarakatan HIKMAH), Ustaz Tamri Arim (Pegawai Dakwah HIKMAH Samarahan) Ustaz Zamri (Sukarelawan Dakwah HIKMAH) dan Ustaz Yusuf (Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak) selaku Pengerusi Forum.

Forum yang membicarakan tentang bulan Ramadhan ini memberikan kesedaran tentang keberkatan dan kemuliaan yang dapat diperoleh umat Islam sekiranya menunaikan ibadah puasa dengan pengisian amal jariah. Umat Islam seharusnya menghayati Ramadhan dengan penuh keinsafan dan bukan hanya menjalankan ibadah puasa semata-mata kerana kewajipan yang telah ditetapkan.

Setelah selesai forum dan solat Isyak berjemaah, para tetamu telah dihidangkan dengan juadah makan malam.

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 01 September 2010 14:28
 


Muka 1 daripada 7

Pengunjung

Kami ada 19 tetamu online

Kalendar Aktiviti

<<  September 2010  >>
 I  S  R  K  J  S  A 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
27282930   

Download