PENGENALAN
Harakah Islamiah (HIKMAH) yang dirasmikan pada 2 Rabiul Akhir 1414H/18 September 1993 dalam Mesyuarat Perhimpunan Perwakilan BINA yang ke-11 yang diadakan di Ibu Pejabat BINA Petra Jaya Kuching merupakan wadah baru yang meneruskan perjuangan dakwah BINA iaitu satu Pertubuhan Islam bukan kerajan yang bergerak cergas di bidang dakwah Islamiah bagi melaksanakan risalah “Amar Ma`ruf Nahi Mungkar” mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah mereka daripada usaha dan perbuatan yang mungkar

HIKMAH yang merupakan kesinambungan perjuangan BINA mula dikenali masyarakat Islam bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh dunia. Aktiviti dakwah HIKMAH adalah mengfokuskan dakwah kepada masyarakat saudara kita di pedalaman Sarawak. Pelbagai aktiviti serta program dakwah diadakan bagi menyantuni golongan saudara kita ini.

Selain daripada aktiviti dakwah ini, HIKMAH juga merupakan wadah perjuangan yang telah mengumpulkan ramai sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyemai bakti bersama HIKMAH untuk memperjuangkan Islam. HIKMAH juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang bercorakkan Islam seperti menyediakan sarana pendidikan, seminar, ceramah, diskusi serta pelbagai aktiviti lain dalam rangka menyebar luaskan Islam di kalangan masyarakat setempat.
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024