1. Apakah Tabung Prihatin Ummah HIKMAH?
Tabung Prihatin Ummah HIKMAH merupakan salah satu projek pengumpulan dana yang diadakan oleh HIKMAH yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di pedalaman Sarawak.
2. Apakah tujuan utama dana Tabung Prihatin Ummah HIKMAH ?
Dana yang dikumpul adalah untuk membantu:
   •  Fakir miskin
   •  Membantu membina rumah usang fakir miskin yang terjejas
   •  Bantuan kecemasan mangsa banjir
   •  Bantuan kecemasan mangsa tragedi kebakaran
   •  Bantuan keperluan dapur dalam program ziarah prihatin kepada fakir miskin
   •  Perkampungan saudara kita di 12 cawangan HIKMAH seluruh Sarawak
3. Senarai penerima manfaat hasil kutipan sumbangan Tabung Prihatin Ummah HIKMAH?
   •  Golongan fakir dan miskin dalam kalangan saudara kita di pedalaman termasuklah:
        •  Anak Yatim
        •  Ibu tunggal
        •  Pesakit kronik
        •  Warga emas
        •  Orang kurang upaya
4. Di manakah bantuan disalurkan?
   •  Perkampungan saudara kita di 12 cawangan HIKMAH seluruh Sarawak
5. Bagaimana penerima bantuan ini dipilih?
   •  Penerima manfaat dikenalpasti berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh daie dan pegawai dakwah HIKMAH di perkampungan saudara kita di pedalaman di setiap cawangan masing-masing.
   •  Ia dilaksanakan berpandukan prinsip-prinsip & nilai-nilai Islam serta patuh Syariah.
Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024