Konvensyen Kepimpinan Majlis Ta'alim 2020

Sedang berlangsung hari pertama Konvensyen Majlis Ta'alim HIKMAH yang dihadiri 34 buah Majlis Ta'alim yang terdiri daripada 68 orang peserta dari kawasan Simunjan, Bau, Lundu & Sematan. Konvensyen ini dijadualkan berlangsung selama 2 hari. Di antara objektif program ini adalah untuk membina 'teambuilding' dan juga memahami pengurusan pertubuhan Majlis Ta'alim. Selain itu ia juga dapat membina ukhuwah Islamiah di kalangan pemimpin-pemimpin.
Turut hadir bersama pada program pagi ini, Y.A.Bhg Toh Puan Hajjah Hayati Binti Haji Ahmat, Naib Yang Dipertua HIKMAH merangkap Pengerusi HELWA HIKMAH.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2021