Majlis Muzakarah Belia HIKMAH 2020

Setiausaha Perhubungan Awam merangkap Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH, Puan Raihan Binti Haji Usop dan Encik Jemain Bin Kassim, Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH merangkap Setiausaha Jawatankuasa Belia HIKMAH hadir bagi merasmikan majlis Muzakarah Belia HIKMAH 2020 pada hari ini yang bertempat di Masjid Nurir Rahmani Kampung Santubong. Majlis Muzakarah Belia HIKMAH 2020 yang dijadualkan berlangsung bermula dari 25 hingga 27 Disember 2020 melibatkan 40 peserta belia daripada cawangan HIKMAH seluruh Sarawak. Turut hadir sama, Ust Haji Idris bin Haji Ahmad (Pengurus Sektor Dakwah HIKMAH) dan Encik Safiuddin Bin Mat Sah selaku Pengerusi Lembaga Amanah Masjid Nurir Rahmani.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024