BAKUL KASIH RAMADHAN 2021 / 1442H

BAKUL KASIH RAMADHAN 2021 / 1442H

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H yang bakal menjelma, HIKMAH Sarawak akan mengadakan Program Bakul Kasih Ramadhan yang merupakan kesinambungan Program Safari Ramadhan HIKMAH Sarawak untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Sarawak. Program tersebut diadakan pada setiap tahun khususnya pada bulan Ramadhan. 

Seperti yang kita maklum, negeri kita digemparkan dengan jangkitan kes COVID-19 yang kian meningkat pada setiap hari dan terdapat beberapa kawasan telah diperketatkan aktiviti seharian mereka. Ini telah menyebabkan rakyat sukar untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan asas mereka seperti biasa. Tambahan pula, pandemik COVID-19 ini juga telah menyebabkan ramai rakyat terjejas dan juga hilang punca pendapatan mereka.
HIKMAH Sarawak telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Program Sumbangan Bakul Kasih Ramadhan 2021 / 1442H yang akan disampaikan menjelang bulan Ramadhan 1442H nanti berupa barangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. 

Marilah kita sama-sama menyumbang kepada mereka yang terkesan supaya mereka dapat kembali bangkit untuk meneruskan kehidupan. Semoga kerjasama anda semua membolehkan perkara yang baik-baik dan dirahmati Tuhan. Di dalam riwayat Tirmizi, Rasulullah saw menyatakan sedekah paling afdhal ialah sedekah pada bulan Ramadhan.

Anda boleh membuat sumbangan melalui atas talian (Online Transfer) Nama Bank: Bank Islam
Nama Akaun: Harakah Islamiah
Nombor Akaun: 11013010008020

Untuk sebarang maklumat lanjut hubungi:
Ibu Pejabat HIKMAH - 082-443993
Puan Roslinawati - 016-5767143

https://wa.link/d3enfc

https://docs.google.com/.../1uTcuGolsgfWo0c.../edit...

atau boleh terus ke Ibu Pejabat HIKMAH Jalan Tun Abdul Rahman Ya'kub 93050, Petra Jaya Kuching Sarawak .

**(Sumbangan derma kepada HIKMAH adalah mendapat pelepasan cukai pendapatan mengikut seksyen 44 (6) (A) Akta Cukai Pendapatan 1967 REF NO : HQ.162/1833/KS)**

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024