Ibadah Qurban 1442H

Assalamualaikum, HIKMAH Sarawak sekali lagi mengalu-alukan umat Islam untuk melaksanakan Ibadah Qurban pada tahun ini khususnya untuk diagihkan kepada golongan saudara kita yang memerlukan di pedalaman.

Marilah sama-sama kita menyahut seruan Hadis Nabi SAW iaitu "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi]

 
1 bahagian lembu= RM900 dan seekor lembu= RM6300.
Sempena tahun ke-13 pelaksanaan Ibadah Qurban oleh HIKMAH (sejak tahun 2008), kami mensasarkan sebanyak 18 ekor lembu untuk di qurban bagi agihan kepada 1000 orang penerima. Semoga Allah menggandakan rezeki bagi sesiapa yang berkemampuan untuk melaksanakan Ibadah Qurban ini. 

HIKMAH, Saluran Qurban Anda.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Puan Roslinawati: 0165767143
Puan Suraya: 0168900127
Ibu Pejabat HIKMAH : 082443993

Sila klik link ini:
http://www.wasap.my/60165767143/QurbanHikmah2021

Atau

http://www.wasap.my/60168900127/QurbanHikmah2021

Tarikh Tutup Penyertaan: 12 Julai 2021

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024