Misi Bantuan Tabung Lockdown HIKMAH 2021

Alhamdulillah hari tok team HIKMAH dibahagikan kepada 2 team untuk menyalurkan sumbangan kepada pemohon bantuan yang memohon bantuan daripada HIKMAH. Team A bergerak ke kawasan Bau serta Petra Jaya manakala Team B bergerak dari kawasan kampung Bako dan menuju ke Petra Jaya.

Pengagihan bantuan di beberapa lokasi team kmk orang ngantar barang keperluan makanan asas, pampers kanak-kanak / dewasa dan susu formula, di antara keluarga yang disantuni aritok terdiri daripada;

-1 buah keluarga di Kampung Muara Tebas
-1 buah keluarga di Kampug Bako
-2 buah keluarga di Flat Jalan Demak
-2 buah keluarga di Kampung Pasir Pandak
-4 buah keluarga di Kampung Rampangi
-1 buah keluarga di Bandar Baru Semariang
-1 buah keluarga di Kampung Semerah Padi
-1 buah keluarga di Jalan camar, Semerah Padi
-3 buah keluarga di Kampung Bunga Rampai, Bau
-1 buah keluarga di Taman Malihah
-1 buah keluarga di Kampung Siol Kandis
-1 buah keluarga di kampung di Kampung Bintawa Tengah

Hasil sumbangan daripada kitak yang dermawan, team HIKMAH telah menyerahkan sumbangan kepada penerima-penerima di kawasan tersebut.
HIKMAH merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan puan yang dermawan dan kami masih mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak yang prihatin bagi sama-sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di masa yang sukar ini.

📌Bank Islam: 11013010008020 📌Reference: TabungLockdownHIKMAH

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi / Whatsapp:

📱016 8599975 (Puan Hamisah)
📱013 8277006 (En Mohd Azizul)

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2021