Misi Bantuan Tabung Lockdown HIKMAH 2021

HIKMAH meneruskan misi bantuan #tabunglockdownhikmah menyampaikan bantuan bekalan makanan asas, susu formula dan juga pampers kanak-kanak kepada penduduk di Kampung Sinar Budi, yang di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH) kepada Ketua Kampung Sinar Budi di bilik operasi PKPD kampung tersebut. Turut hadir sama Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad (Pengurus Dakwah HIKMAH) serta para petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada kesempatan tok juak team HIKMAH turut menghantar bekalan air minuman dan juga makanan kepada para petugas Frontliner yang bertugas di pos kawalan (SJR) bagi menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka di dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan.

Kami berterima kasih kepada para penyumbang yang bersama kami di dalam perkongsian ini. Doa kmk orang moga rezeki kitak semakin melimpah dan diberkati. Amin~

Kmk orang masih juak mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari semua pihak. Sama-sama kita berganding bahu dalam menghadapi kesukaran di waktu yang sukar tok. Diharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapi mereka.

Kami mengajak anda semua untuk bersama-sama menggandakan saham akhirat dengan menyalurkan sumbangan ke akaun yang tertera di bawah;

📌Bank Islam: 11013010008020 📌Reference: TabungLockdownHIKMAH

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi / Whatsapp:

📱016 8599975 (Puan Hamisah)
📱013 8277006 (En Mohd Azizul)

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2021