Tabung Lockdown HIKMAH

Alhamdulilah hari ini menerima sumbangan untuk #tabunglockdownhikmah daripada Kelab Rekreasi Golf 3T Kuching. Sumbangan telah disampaikan oleh Dato Haji Zaidi Khaldin Zainie bin Abdul Latip selaku Pengerusi Kelab kepada Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH). Sumbangan ini adalah bagi membantu golongan yang memerlukan di masa yang sukar akibat pandemik Covid-19. Turut hadir sama, Ust Haji Idris bin Haji Ahmad (Pengurus Dakwah HIKMAH), Naib Pengerusi Kelab, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Kelab Rekreasi Golf 3T.

HIKMAH mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari semua pihak sama ada sektor korperat mahupun orang ramai bagi membantu golongan masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Laman Web Dibangunkan Oleh Core System Technologies
© Hakcipta Terpelihara HIKMAH Sarawak 2024